Satu majlis di rumah nenek pelakon cantik Fazura malam tadi, dikatakan sebagai majlis pernikahan secara tertutup pelakon itu dengan pelakon sensasi Fattah Amin.

Siang tadi mereka bersama beberapa pengiring berlepas mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Namun tiada siapa yang mengeluarkan kata pengesahan pasalnya. Orang terdekat dengan pasangan itu pun menutup mulut.

Semasa di KLIA siang tadi.

Posting Fattah dalam Instagramnya malam tadi yang memuatkan gambar Kaabah dengan caption “Semoga semuanya dipermudahkan’ membuatkan banyak yang membuat andaian dia sudah bernikah.

Pasangan Hero Seorang Cinderella

Komen pengikut juga turut memberikan ucapan tahniah selamat pengantin baharu kepada dia dan Fazura.

Sebelum ini ada yang mengatakan pasangan ini merancang bernikah di Mekah. Tak tahulah sama ada pemergian mereka ke sana dengan serampang dua mata untuk bernikah ataupun pergi tunai umrah sebagai suami isteri.

Tambahan pula sekarang ini Arab Saudi semakin ketat kawalan untuk tunai umrah khususnya wanita berusia bawah 45 tahun yang kena beserta seorang mahram.

Tinjauan wartawan Harian Metro seperti laporan hmetro.com,my ke lokasi yang dipercayai rumah nenek Fazura di Petaling Jaya malam tadi menunjukkan ada persiapan seperti majlis pernikahan atau pertunangan.

Ada khemah berhias cantik serta turut dihadiri keluarga Fattah dan Fazura serta rakan baik mereka.

Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan masuk, malah ada individu yang mengawal ketat laluan serta menutup pintu pagar.

Setiap kereta yang lalu ditahan sebelum dibenarkan masuk. Mungkin bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan.

Sebelum ini mereka dikatakan bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing mengunci mulut.

Mereka hanya memohon peminat mendoakan yang baik-baik, malah Fazura dalam kenyataannya sebelum ini berjanji untuk berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya.

Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella.