Konsert OneRepublic Live In Malaysia 2018 berlangsung meriah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada malam Rabu lalu. Rata-rata peminat sangat terhibur dengan kumpulan pop rock Amerika Syarikat pada konsert kali ketiga mereka itu.

Sekitar 10,000 penonton menyaksikan persembahan mereka dan apabila lagu popular seperti Apologize dan Counting Stars dipersembahankan peminat turut menyanyi bersama dengan penuh semangat.

Ryan

Vokalis OneRepublic Ryan Tedder juga bijak memikat peminat Malaysia apabila beberapa kali memuji peminat dan lokasi Kuala Lumpur yang membuatkan dia teruja.

Ryan juga mengatakan persembahan di Kuala Lumpur membuatkan dia mampu menjadikan susuk badannya menarik sebab cuaca yang panas berbanding siri jelajah di negara Eropah yang beriklim sejuk.

Bukan hanya lagu sendiri mereka juga mempersembahkan lagu popular artis lain iaitu Wake Me Up sebagai penghargaan kepada DJ tAvicii yang meninggal dunia pada 20 April lalu serta. Halo daripada Beyonce dengan gayanya yang tersendiri.

Lagu-lagu lain yang dipersembahkan Stop and Stare, Secrets, Kids, Good Life, Wherever I Go, Better, Feel Again, All The Right Moves, Born To Race, Something I Need, Apologize dan Love Runs Out.

One Republic Live in Malaysia dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

One Republic bakal mengakhiri konsert jelajah di Asia menerusi persembahan di Festival Grammy di Beijing, China pada 30 April ini.

Saya bukanlah peminat tegar One Republic, dan tidak banyak lagunya yang menjadi kegemaran, namun menonton konsert itu sangat menghiburkan. Selain persembahan yang hebat, vokal Ryan juga sentiasa bertenaga dan sangat baik.

Zizan Razak muncul sebagai pembuka.