Semasa mula mula nak jadi artis dulu, ada orang kata irama tradisional yang Haziq Rosebi nak perjuangkan tak akan membawanya ke mana-mana.

IMG_20160208_17888Ada yang sarankan dia fokus kepada irama balada. Namun Haziq yang dikenali kerana miliki suara persis Datuk Ahmad Jais tetap perjuangkan muzik tradisional.

“Alhamdulillah undangan show saya tak pernah putus. Kebanyakannya mahukan lagu tradisional. Itu membuktikan tanggapan awal pasal lagu tradisional tak tepat.

“Mungkin sebab saya ini muda, dan tak ramai orang muda yang perjuangkan lagu tradisional, maka saya selalu diingati.IMG_20160208_56488

“Bila cakap pasal show tradisional ni, pastilah saya sering bersama artis veteran. Mereka sering memberikan saya semangat untuk perjuangkan lagu tradisional,” kata Haziq.

Sementara itu Haziq juga mula mencipta lagu. Namun kesemuanya lagu berkonsep balada.

“Sudah sekitar 30 lagu saya cipta… saya simpan dulu sebab belum yakin untuk merakam atau memberikan kepada penyanyi lain,” kata Haziq lagi.