Harris Baba, merupakan seorang pendatang baru di dalam industri hiburan Malaysia telah memulakan penglibatannya dengan menceburi bidang lakonan dan juga modeling. Kini mahu cuba nasib jadi penyanyi pula.

Harris mula menapak di dalam bidang lakonan dengan dua buah teledrama yang bertajuk Alien Planet Cinta (2015) dan Cinta Viral  lakonan bersama Elfira Loy yang telah keudara pada 14 Februari lalu di RTM.

Harris Baba yang berasal dari Singapura ini ada darah kacukan di antara Pakistan, Cina dan Iran kini tampil dengan single sulung bertajuk Katakan. Walaupun tidak mempunyai darah Melayu, namun Harris mempunyai bakat dalam melakonkan watak dan menyanyi di dalam Bahasa Melayu dan kini beliau sedang mencuba dalam memperbaiki diri untuk sering bertutur di dalam Bahasa Melayu.Harris Baba - Katakan

Lagu Katakan ini dipertaruhkan sebagai buah tangan pertama oleh Harris Baba kepada peminat beliau. Kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik, Harris Baba telah dilamar oleh Faizal Tahir sendiri untuk menghasilkan lagu Katakan ini.

Lagu yang menceritakan tentang cinta ini telah dicipta oleh penyanyi popular tanah air iaitu Faizal Tahir sendiri bersama Mike Chan dan juga Ezra Kong yang sekali gus bertanggungjawab sebagai penerbit untuk single itu.

Hasil nukilan lagu yang dilengkapi dengan alunan suara Harris Baba ini tentunya menjadikan Katakan sebagai karya yang mampu menaikkan nama Harris ke persada yang lebih besar.

Lirik video bagi lagu ini baru sahaja diriliskan di YouTube pada 25 Mac yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan sejak berkumandang di corong radio. Lagu Katakan mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang mellow menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.

Lagu yang mempunyai rentak yang segar ini dipercayai boleh menjadi pengenalan yang baik untuk Harris Baba. Lirik video bagi lagu Katakan turut mendapat sambutan yang hangat kerana sudah menghampiri 200 ribu tontonan dalam masa satu bulan sahaja dan beliau kini dalam proses merangka strategi untuk memperluaskan nama dan kerjayanya.

Harris Baba juga berasa amat bertuah kerana beliau diterajui oleh 3 buah syarikat rakaman dan pengurusan iaitu Faithful Music selaku Artiste & Repetoire (A&R), manakala Uprising Entertainment dan Warner Music Malaysia pula akan menentukan hala tuju karier dan pengurusan kerjaya beliau sebagai seorang anak seni.

Dengan namanya yang kian meningkat naik, Harris Baba kini bersedia untuk melangkah lebih jauh. Tinggi harapan Harris Baba agar muziknya dapat memberi kepuasan yang maksima kepada pencinta muzik tanah air terutamanya. Harris juga mengharapkan lagu tersebut dapat membuka mata orang ramai mengenai kehadirannya di dalam industri muzik tanah air. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Spotify dan juga Deezer.