Lagu Haram nyanyian Dayang Nurfaizah dan Hael Hussaini menang Anugerah Juara Lagu 33 malam ini.

Hael dan Ezra Kong yang mencipta lagu itu sekali lagi menang selepas menjuarainga tahun lalu melalui lagu Hajat.

Tempat kedua jadi milik Ara Johari menerusi lagu Bunga ciptaan Akim, Zimie dan Hazama.

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri. Misha juga menang kategori Vokal Terbaik.

Suffian Suhaimi yang nyanyi lagu Di Matamu dipilih sebagai Persembahan Terbaik. Persembahannya dengan dekor pelamin anganku musnah itu membuatkan ramai menangis.

Sherry Alhadad dan Alif Satar mengemudi program yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Arena Axiata, Bukit Jalil itu.