Pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac mengesahkan sudah membatalkan perancangan berkahwin dengan model Gabriella Robinson atau Gabby. Krisis hubungan kedua-dua mereka menjadi persoalan sejak akhir akhir ini.

Terdahulu Hans, 46, dan Gabrielle tangguhkan perkahwinan yang dijadualkan pada 29 Julai lalu. Mereka bertunang pada 29 Januari lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Hans memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, mendoakan yang terbaik dan berharap dia nak pelamin dengan keputusan berat yang diambilnya itu.