Penyanyi dan pencipta lagu-lagu satira, Hang Mokhtar atau nama penuhnya Mohtar Ab Latiff meninggal dunia awal pagi ini.

Hang Mokhtar, 70, meninggal sekitar pukul 2.50 pagi dan jenazah dibawa ke surau Bukit Mahkota dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra, Kajang sebelum waktu Zuhur hari ini.

Allahyarham Hang Mokhtar

Timbalan presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zack KOOL memuatnaik status pasal pemergian Hang Mokhtar dengan memetik kenyataan daripada anak seniman itu, Moziana Mohtar.

Kepada yang mahu menziarah boleh ke alamat No. 53, Jalan BM 1/1,  Banyan Close, Seksyen 1, Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Hang Mokhtar ialah seorang penyanyi popular Malaysia pada tahun 1987 menerusi lagu seperti Ayoyo Sami. Hang Mokhtar dilahirkan di Alor Gajah, Melaka.

Bersama Uji Rashid

Lagu Ayoyo Sami cuba menyindir ‘Isu pembayaran tol di lebuh raya’. Menteri Kerja Raya ketika itu ialah Dato Samy Vellu. Kali terakhir beliau muncul dengan album The Best of Hang Mokhtar pada 2006.

Namanya muncul semula apabila dia disalah lapor sebagai meninggal dunia. Sebenarnya yang meninggal dunia pada tahun 2009 ialah penyanyi Goodman Brothers, Abang Mokhtar. Tahun lalu Hang Mokhtar dilapor menghidap Parkinson.

Bersama rakan rakan artis budaya.

Hang Mokhtar terkenal dengan lagu lagu humor, mempunyai pengalaman selama 30 tahun bermain muzik di hotel hotel, night club dan di tempat tempat eksklusif. Selain bermain muzik secara solo beliau juga seorang yang boleh digelar “all in one”(komposer, pemuzik, penulis lirik, penyanyi dan juga penerbit album).

Arwah juga memiliki blog yang menceritakan pasal perjalanan seninya menerusi hangmokhtar.blogspot.my. Namun entri terakhir blog tersebut setakat tahun 2009 sahaja.

Ini salah satu entri dalam blog tersebut yang mungkin berkisar pada pemerhatiannya terhadap insan seni yang menginjak usia tua.

“KEBANYAKAN PEMUZIK / PENYANYI KECUNDANG DI HARI TUA
Memilih muzik dan menyanyi sebagai karier adalah satu perjudian untuk menghadapi masa tua.Melainkan pemuzik di dalam sesebuah orketra atau kumpulan di bawah naungan kerajaan.Mereka ini berpendapatan tetap walau pekerjaannya secara contract.Disini saya masih tidak mengerti mengapa masih lagi pemuzik pemuzik ini masih lagi bekerja secara contract walau pun di bawah naungan Kementerian.Mereka masih menganggap kerja muzik ini adalah satu kerja tempilan.

PERANAN MUZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Cuba kita bayangkan jika hidup ini tanpa muzik. Jika di dalam satu perayaan negara tanpa pemuzik.Jika radio tanpa muzik,jika wayang tanpa muzik bayangkanlah.Jadi mengapa di kelas keduakan anak anak muzik ini?Jika kita anggap muzik itu melalaikan itu terpulang pada caranya tetapi jika sudah jadi pekerjaan saya rasa patut bekerja keras.

ADAKAH MENJAMIN MASA DEPAN

Zaman aktif sebagai artis budaya mengadakan persembahan di luar negara (Burma/Myanmar)

Jika memilih muzik atau menyanyi sebagai profession sasaorang itu mesti ada rasa untuk mempertingkatkan lagi profession muziknya.Contohnya saorang pemuzik boleh tingkatkan lagi pencapaiannya dengan menjadi muzik programmer,muzik arranger,composer,guru muzik yang mana ini lebih menjaminkan masa depan.Tetapi jika semata mata untuk bermain muzik sahaja ini akan menghuruharakan masa depan kita kerana bermain muzik ini hanyalah sesuai di jadikakan kerja sampingan.”