Nama pelakon Hanez Suraya dan suami, Romie hari ini ditampalkan pada papan rujukan kes di Mahkamah Rendah Syariah  Shah Alam. Ia menimbulkan spekulasi pasal rumah tangga mereka.

Sebelum ini ada khabar pasal pasal masalah rumah tangga, namun dinafikan, malah pasangan itu juga baru balik dari percutian tahun baru dari luar negara dalam usaha untuk memperbaiki masalah.

Nama Hanez dan Romie.

Pada senarai kes Mal itu, nama Hanez dicatatkan pada bahagian atas, bererti Hanez yang membuat permohonaan di mahkamah itu. Tak tahulah apa kes sebenar, tapi ramai yang membuat andaian kes berkaitan perceraian.

Difahamkan Hanez , 32, membuat permohonan bercerai terhadap Romie, 37.

Mereka bernikah pada 25 Mac 2015 dan memiliki seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, setahun. Romie ada dua anak hasil perkahwinan pertama.

Difahamkan Hanez tidak hadir pada sesi hari ini dan dia juga gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.