Pagi tadi penyanyi Haiza memulakan tugas hari pertama sebagai penyampai stesen radio baru, KoolFM.

IMG_20160303_20943Dia digandingkan dengan bekas penyampai HotFM, AG dalam segmen pagi yang dijenamakan sebagai PhD Kool (Pagi Hari Di Kool).

Stesen dengan frekuensi 101.3 di Lembah Kelang itu memulakan operasi secara rasmi pagi ini. Ia sebuah stesen di bawah Media Prima.

“Saya seronok digandingkan dengan AG. Dia banyak mengajar saya untuk jadi lebih baik dan tak kedekut ilmu.

“Memanglah kalau dengar tadi macam saya yang banyak dikenakan oleh dia. Tapi bila saya ada peluang saya pun kenakan dia juga.

“Dah konsepnya macam tu… siapa yang nampak kelemahan akan menjadi bahan,” kata Haiza pasal tugas barunya itu.IMG_20160303_9545

Walaupun baharu sahaja melepaskan jawatan sama di BestFM, Haiza sekali lagi menegaskan bahawa ia bukanlah alasan.

“Saya ditawarkan bersama KoolFM selepas berhenti dengan BestFM. Semasa diuji dulu pun saya tak tahu wujudnya stesen ini. Saya diuji untuk satu projek yang dinamakan Projek K. Rupa-rupanya K itu singkatan Kool,” ujar Haiza lagi.

Dia juga seronok bekerja pagi walaupun kena keluar rumah seawal pukul 5.00 pagi. Apatah bagi berkesempatan penuhi undangan show sebelah petang atau malam.