Pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dapat meraikan Aidilfitri lebih meriah dengan kehadiran bayi perempuan petang tadi.

Hairul menghebahkan khabar gembira itu melalui laman sosialnya.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan anak perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm.

“Kedua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,
Thank you Mommy @haniszalikha
Thank you sayang
Thank you my bam bam,” tulisnya di laman Instagram dan Facebook.