Semua maklum episod hitam yang dilalui oleh penyanyi Hafiz Hamidun berkaitan rumah tangga yang dibina. Macam macam cerita tidak enak ditimbulkan yang akhirnya ia berakhir dengan perceraian.

“Beri saya tempoh setahun dua untuk melupakan episod hitam ini. Jodoh dan rezeki semua adalah di luar kuasa saya. Biar saya perbetulkan hidup saya semula,” kata Hafiz apabila ditanya media sama ada dia trauma mendirikan rumah tangga lagi.