Penyanyi kacak Hady Mirza membuatkan peminat serta pengguna Grabcar di Singapura teruja apabila mendapati Juara Singapore Idol 2006 itu menjadi pemandunya beberapa minggu lalu.

Hady menggunakan nama sebenar Muhammad Mirzahady Amin pada aplikasi Grab Drivernya.  Dia juga mendapat rating lima bintang sebagai pemandu Grabcar. Pengguna yang menggunakan nama Hanis Naufal memuatnaik status keterujaannya menumpang kereta Hady.