Konsert ke empat Gegar Vaganza 2016 nampaknya mencetus polimik bila penyanyi Elly Mazlein dikatakan menarik diri kerana terguris dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS.

Namun Astro menyatakan pihak mereka tak menerima penarikan diri itu sebaliknya Elly tersingkir secara natural dek markah tercorot selepas selesai mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang dalam konsert tersebut. Maknanya kalau tak cakap mahu tarik diri pun Elly akan berpisah jua dengan rakan-rakan yang masih kekal.

Nora konsisten.
Nora konsisten.

Sensasinya penyingkiran Elly sampai peminat dah lupa menilai persembahan penyanyi lain dan prestasi serta peluang masing-masing ke babak seterusnya.

Persembahan konsert ke empat itu macam ombak tsumani yang membawa tiga penyanyi yang bergilir huni tangga teratas ke keduddukan bawah.

Zarul kena buktikan kekuatan.
Zarul kena buktikan kekuatan.

Zarul, Azharina dan Siti Sarah masing-masing duduki tangga ketujuh hingga ke sembilan. Malah Sarah hanya dahului Elly Mazlein hanya dengan 0.2 mata markah sahaja.

GMie yang biasanya sentiasa berada di tengah-tengh melompat ke kedudukan pertama diikuti Ameng dan Nora.

Nampaknya persaingan semakin sengit di antara sembilan lagi pesaing. Jangan cepat meletakkan nama artis pujaan sebagai juara, kerana segala kemungkinan boleh terjadi. Nama Zarul, Azharina dan Siti Sarah dikatakan antara yang berpotensi jadi juara.

Tapi ketiga-tiga nama itu huni tangga bottom four dalam konsert minggu lepas. Mungkin satu kejutan. Bukanlah bermakna persembahan mereka semakin merosot, sebaliknya penyanyi lain yang menunjukkan prestasi yang mengagumkan.

Ameng semakin meningkat.
Ameng semakin meningkat.
Sarah kedua tercorot.
Sarah kedua tercorot.

Hanya Nora yang masih sentiasa berada dalam posisi selesa. Persembahan duet bersama juara GV musim pertama, Ayai melonjakkan dia ke tangga ketiga.

GMie sekarang sudah mula diperhatikan. Mungkin pada awal namanya diumumkan sebagai peserta, GMie tidak diletakkan sasaran malah mungkin ada yang meramalkan dia antara yang akan pulang awal.

Kini nama GMie dah jadi buah mulut dan antara nama yang dikatakan bakal mencabar. Nampaknya minggu hadapan semakin mencabar dan tidak mustahil nama-nama yang sentiasa berada di atas akan terkeluar.

GMie mula menyegat.
GMie mula menyegat.

Setiap penyanyi kena pastikan tiada sebarang kesilapan kecil dilakukan kerana penyanyi yang dianggap underdog seperti GMie, Shidi dan Intan Sarafina semakin hari semakin menonjol. Perubahan mereka nampak ketara.

Penyanyi yang menyerlah pada awal kemunculan khususnya Sarah, Azharina dan Zarul harus bekerja keras membuktikan mereka sememangnya layak berapa di bahagian pendulu.

Sememangnya konsert minggu kelima Ahad depan adalah pertandingan sebenar yang pastinya sangat sengit.