Kemunculan Gmie Screen dalam Gegar Vaganza bukanlah mahu mencari peluang untuk dia bergerak solo. Sebaliknya GMie masih mahu setia bersama kumpulannya itu. Dia masih sayangkan kumpulan itu.

“Dulu kumpulan kami antara yang dipandang sepi khususnya dalam hal undangan show. Bila masuk GV ni dah ada yang mula pandang dan tawaran daripada syarikat rakaman pun sudah ada. Tapi saya tetap akan bersama Screen. Kami tak pernah berpecah pun cuma selama ini saya bergerak solo sebab tak ada undangan secara berkumpulan,” kata GMie.