Gigih betul salah seorang peserta Bintang RTM 2016, Jeffer Hafiz mempromosikan diri dalam laman sosial. Sejak belum pun bersiaran, dia sudah rancak mempromosi diri untuk meraih sokongan peminat.

Bersama seorang peserta BRTM2016.
Bersama seorang peserta BRTM2016.

Baguslah tu. Itulah kerja gigih namanya. Zaman sekarang ini kan zaman anak muda mempromosikan diri di laman sosial untuk mendapat tapak dalam industri muzik. Walaupun saban minggu kelibatnya ditonton, tapi penangan laman sosial tak boleh dilupakan.

Mempromosikan hash tag #sepkitojangepecoh anak jati Kelantan ni bersungguh nak jadi anak seni. Sementelah dia memiliki diploma dalam bidang muzik dan bakal menjadi pendidik tidak lama lagi.

Foto daripada Facebook Hafiz
Foto daripada Facebook Hafiz

“Sebelum mula posting mengajar, saya cuba nasib dalam Bintang RTM. Alhamdulillah saya diterima,” kata Hafiz kepada Gondang Online baru-baru ini.

Sebelum ini Hafiz pernah menyertai pertandingan menyanyi anjuran majalah Media Hiburan. Pernah juga cuba menghasilkan single, namun belum ada peluang. Dia harap kemunculan dalam Bintang RTM akan memberi peluang kepadanya melangkah dalam bidang seni.

BRTM 2016 baru masuk minggu kedua. Kepada peminat pertandingan nyanyian itu, jangan lupa menontonnya setiap hari Sabtu malam di TV1.