Aplikasi e-hailing terbaharu, GABIR Malaysia menawarkan keuntungan dan keselesaan kepada penumpang dan pemandu.

Kepada pemandu, mereka menawarkan insentif yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana aplikasi e-hailing apabila memberikan sebulan percuma perkhidmatan aplikasi pada setiap to-up bernilai RM50.

Ia membolehkan pemandu GABIR dapat keuntungan pada bulan berikutnya tanpa perlu berkongsi sebarang komisen.

Pemilik GABIR Malaysia, Hairuddin Tahir berkata, ia membolehkan pemandu GABIR menikmati keuntungan lebih bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan dengan lebih efisien dan mesra pelanggan.

Selain pendaftaran percuma, GABIR Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan tanpa sempadan dengan membenarkan mana-mana pemandu berdaftar dengan GABIR Malaysia memberikan perkhidmatan GABIR di seluruh negara.

Mohammad, pemandu GABIR

“Cukup hanya sekali daftar dan pemandu GABIR boleh berkhidmat di seluruh negara,” katanya kepada media pada majlis pelancaran GABIR Malaysia di Setia Alam Sabtu lalu.

Menurut Hairuddin, selain itu, pengguna GABIR Malaysia pula boleh membuat tempahan awal, iaitu tujuh hari sebelum ingin menggunakan khidmat pemandu GABIR.

GABiR juga menawarkan Sistem Korporat yang membolehkan mana-mana syarikat yang ingin membuat tempahan untuk mengambil atau menghantar pelanggan mereka atau pekerja mereka dari satu destinasi ke destinasi lain.

Bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan GABIR Malaysia, kadar caj yang dikenakan ialah RM1.10/km.

GABIR Malaysia yang dilancarkan pada 7 April lalu, secara simboliknya juga memberi alternatif baru kepada pemandu UBER yang tidak mahu meneruskan perkhidmatan dengan syarikat berkenaan selepas perkhidmatan syarikat itu ditamatkan dan diambil alih oleh Grab.

“Kita telah mengaktifkan perkhidmatan GABIR Malaysia di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Putrajaya), Selangor, Melaka, Johor dan Pulau Pinang. Dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan aktif di seluruh negara memandangkan sambutan daripada orang ramai yang ingin menjadi pemandu Gabir begitu menggalakkan,” katanya.

GABIR Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang ingin menjadi sebahagian daripada keluarga GABIR agar segera mendaftar sebagai pemandu GABIR Malaysia di aplikasi http.//gabir.co

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan GABIR juga boleh memuat turun aplikasi ini menerusi Google Play atau App Store telefon pintar masing-masing

GABIR Malaysia merupakan produk yang dimiliki oleh GABIR HOLDING yang telah popular di beberapa daerah di Indonesia termasuk di Jakarta, Medan, Palembang dan seluruh Jawa Tengah. Dengan jumlah pemandu berdaftar yang sudah mencecah lebih 12,000 dalam tempoh pelancaran enam bulannya.

Kini GABIR HOLDING mengambil langkah dengan membawa masuk perkhidmatan e-hailing ini ke Malaysia atas nama GABIR Malaysia.

Dengan misi dan visi untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan pengguna, GABIR yang bermaksud AMAN atau SELESA yakin dengan kelebihan insentif yang disediakan untuk pemandu dan pelbagai kemudahan serta keselesaan yang diberikan kepada pengguna, GABIR Malaysia akan menjadi pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia dan mereka yang ada di negara ini yang ingin menggunakan perkhidmatan pengangkutan.

Mohammad Rosli yang sebelum ini memandu bersama Uber beralih kepada GABIR kerana percaya kepada potensi aplikasi itu.

“Saya baharu sahaja diterima sebagai pemandu hari ini dan belum lagi memulakan pemanduan. Saya harap segalanya berjalan lancar.

“Selepas Uber ditamatkan saya nampak aplikasi GABIR dan beberapa aplikasi lain sebagai memecah dominasi satu aplikasi popular.

“Apabila ada beberapa aplikasi dan tidak wujud dominasi, penumpang dan pemandu akan dapat manfaatnya,” kata Mohammad.