Teka teki berkaitan masalah rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim akhirnya bernokhtah pagi tadi.

Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pagi Rabu.

Baik Fizo mahupun Mawar mengunci mulut pasal punca dengan menolak andaian kerana harta, ego atau orang ketiga.

“Sehingga kini hubungan saya dan Mawar serta keluarga masih baik. Saya hormati dia sebagai ibu kepada anak saya.

“Ini bukan pengakhiran sebaliknya permulaan untuk kami memikul amanah (anak) secara bersama,” kata Fizo.