PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengurangkan beban pelawak veteran AR Badul dengan hukurkan sumbangan kewangan.

Badul, 70, kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Finas, Datuk Samsuni Mohd Nor yang meluangkan masa melawat Badul hari ini.

Samsuni berkata, keadaan kesihatan terkini pelakon dan pelawak itu semakin baik.

Samsuni (kiri) berbicara dengan AR Badul

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas, Khairul Azhar Abu Bakar.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah itu tidak menyatakan jumlah sumbangan yang disampaikan pihaknya.

Badul dimasukkan ke IJN sekitar pukul 4.00 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.