Filem Takdir lakonan Riezman Khuzaimi dan Siti Elizad tidak akan ditayangkan kepada umum, sebaliknya hanya bergerak untuk tayangan amal di seluruh negara serta menjelajah festival filem antarabangsa.

Namun pihak penerbit tidak menolak kemungkinan menayangkannya selepas selesai sesi jelajah dan penyertaan filem itu di festival luar negara. Mungkin ia akan ditayangkan di saluran televisyen berbayar.

Satu babak Elizad sedang manahan sakit.

Setakat ini sudah tiga penganjur yang sedia menerima penyertaan untuk menyertai festival dan sedang menunggu pengesahan lima lagi festival sebagaimana pihak penerbit menghantar penyertaan.

Riezman dan Elisha Sandha.

Datuk Normaziah Sheikh Ahmad dari Kelab Wanita Ikon yang terlibat sebagai rakan srategik untuk filem terbitan Rousing Muses Pictures itu berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengedakan sesi jelajah.

“Ia bertepatan kerana filem ini memaparkan isu pembagunan wanita,” kata Normaziah.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Suriani Ahmad yang hadir melancarkan tayangan amal di Hall of Fame, Universiti Limkokwing, Cyberjya baru-baru ini menyambut baik  dan mengucapkan tahniah kepada pihak yang berusaha menghasilkan filem bertemakan pembangunan dan memperkasakan wanita yang selari dengan aspirasi kementeriannya.

Takdir ialah sebuah filem yang menjurus kepada kasih sayang  dan penyatuan keluarga. Pembangunan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang diterapkan peranan suami terhadap isteri bagi memberi keyakinan kepada isteri yang sedang melawan kanser ovari.

Kerukunan rumah tangga terganggu dengan kehadiran orang ketiga yang disalahanggap.

Perlu adanya kekuatan dalaman seseorang wanita untuk melawan kanser tanpa ada rasa takut tentang risiko yang bakal dihadapi. Mesej filem ini mengupas kasih sayang di dalam sesebuah perkahwinan yang uji dengan permasalahan hidup.

Menyentuh pasal penyertaan ke festival antarabangsa, Riezman berkata mereka menyertai festival terbuka dan festival bertema termasuk festival yang berkaitan pengarah wanita. Takdir diarahkan oleh Shirin Khuzaimi.

 

Sinopsis

Mengisahkan pakar motivasi yang terkenal Soffiya Ariffin yang hidup bahagia di samping suaminya Aziz Azizul. Disebabkan kesibukan karier masing-masing mereka hanya dikurniakan anak tunggal, Shasha dalam usia perkahwinan mereka 18 tahun.

Sikap bertolak ansur Aziz dalam rumah tangga tidak merasakan kekurangan keluarga mereka selama ini. Tetapi setelah Shasha melanjutkan pelajaran ke Jerman barulah Aziz meminta Soffiya hamil semula.

Bagaimanapun impian mereka musnah apabila Soffiya menghadapi masalah kesihatan dan takut menerima kenyataan yang dia tidak dapat memberikan Aziz seorang Iagi anak. Soffiya adalah seorang pakar motivasi yang dedikasi, dimana para wanita sering diberikan kaunseling oleh beliau.

Soffiya seorang kaunselor yang memberi semangat pada wanita yang bermasalah, tetapi beliau sendiri tidak terbuka untuk menceritakan masalahnya, lebih-lebih Iagi dengan suaminya Aziz. Ketika Soffiya disahkan mengidap kanser ovari. dia mengalami dilema apabila doktor menasihatkan membuang ovari sebagai alternatif awal bagi menyelamatkaan kanser dari terus merebak.

Soffiya amat takut ditinggalkan Aziz dan terlalu memikirkan masa depan keluarganya kerana dia tidak pasti yang dia akan terselamat daripada menjadi mangsa kanser. Tetapi Aziz seorang suami yang benar-benar menyayangi Soffiya dan Aziz memberikan sokongan dan bantuan yang penuh untuk Soffiya melawan penyakitnya.

lni membuatkan Soffiya sedar akan keikhlasan Aziz mencintainya sedangkan Soffiya sering mecurigai Aziz akan berubah kasih apabila emosinya cemburu dengan pekerja Aziz iaitu Alina yang jauh lebih muda daripada Soffiya.

Begitu juga Shasha yang salah sangka akan kemesraan Aziz dengan AlinaDemi menjaga hati kedua-dua wanita dalam hidupnya, Aziz teIah memberhentikan Alina. Soffiya berjaya menjalani pembedahan dan Aziz pula mengalami kemalangan. Setelah itu Soffiya takut dia akan pergi meninggalkan Aziz, beliau mula menghabiskan masa dengan suami dan anaknya. Dalam pada itu, Soffiya masih Iemah kerana menjalani rawatan tetapi semangatnya terus kuat dengan sokongan Aziz.

Turut berlakon, Elisha Sandha, Keena Mentor, Norlida Ahmad, Esma Daniel, Marissa Yasmin dan Edika Yusof.