Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang akan menganjurkan FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG pada 28 dan 29 Julai 2018 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor bermula pukul 9.00 pagi hingga  10.00 malam.

Acara yang diadakan buat julung kalinya ini dibuat atas kesedaran tidak ramai yang mengetahui tentang sejaran dan tradisi orang orang Bugis sebenarnya kecuali label ‘lanun’ yang dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum Bugis.

Bagi mengelakkan stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PBMS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang bugis kepada semua.

Ia akan dirasmikan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 28 Julai 2018, pada pukul 9.00 pagi.

Perkataan Bugis “LINO MALOANG” memberikan pengertian “DUNIA NAN LUAS” ini disertakan dengan nama acara sebagai symbol semangat kaum bugis. Ianya dirasakan bertepatan dengan peranan dan sumbangan serta budaya merantau orang-orang Bugis dari tanah asal mereka di Sulawesi yang merantau dan menetap ke hampir seluruh pelusuk Nusantara, dan juga beberapa negara lain di seluruh dunia.

Penganjuran FIESTA WARISAN BUGIS LINO MALOANG ini turut mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang. Ia juga turut mendapat sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negeri lain, juga beberapa negara lain seperti Batam dan Singapura.

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang 2 hari tersebut, antaranya

  1. PERSEMBAHAN SENI TARI MELAYU & BUGIS
  2. Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja)
  3. Tari Paduppa
  4. Tari Indo Logo
  5. Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api)
  6. PENCAK SILAT ALIRAN BUGIS
  7. PERTANDINGAN BUSANA TRADISI BUGIS
  8. KULINARI MASAKAN TRADISI BUGIS
  9. PAMERAN SENJATA DAN BUSANA BUGIS

Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelsebelah malam. Orang ramai dijemput hadir ke acara ini dan mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti aktiviti yang diadakan.