Pelakon baharu yang sedang hangat dengan drama rantaian berjudul Mr. Grey, Fendy Bakry kini sedang mendapat rawatan dan terpaksa membatalkan banyak urusan promosi.

Ekoran itu pihak pengurusannya daripada Prokuya Studios tampil memberi kenyataan maaf di atas kekeliruan yang berlaku.

Fendy dan heroin drama Mr. Grey

“Assalamualaikum… salam kepada semua rakan-rakan media dan  wartawan. Saya Fadzil Zahari dari ProkuyaStudios pengurus kepada Fendy Bakry. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada pihak wartawan yang telah kami janjikan untuk mengadakan photoshoot & interview namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir dan juga kepada pihak wartawan yang tidak mendapat maklum balas daripada Fendy Bakry sama ada melalui whatsapp mahupun panggilan telefon.

Foto yang dimuatkan di Facebook pada 20 Mac lalu.

“Kami juga terpaksa batalkan kehadiran Fendy Bakry di beberapa promosi  drama Mr.Grey kerana Fendy mengalami sakit secara tiba tiba ketika hampir selesai  menjalani penggambaran drama Mr.Grey di Melaka dan Kuala Lumpur awal April yang lalu membawa hingga ke hari ini.

“Fendy sedang menjalani rawatan dan berharap agar semua mendoakan kesihatannya. Fendy juga ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada yang sentiasa menyokong dan mendoakannya.” Demikian kenyataan daripada Fadzil Zahari.

Pada 20 Mac lalu seorang kawan kepada Fendy, Nafiez Zaidi ada memuatnaik sekeping foto semasa menziarai Fendy di sebuah hospital.

“Get well soon bro. Aku tahu hang kuat. Stay strong. Aku support hang don’t worry. Aku doakan semoga hang cepat sembuh. Semua ni ujian insya-Allah,” tulis Nafiez dalam Facebooknya.