Pengacara popular TV3, Ahmad Fedtri Yanya dirawat di hospital setelah mengalami kemalangan jalan raya malam tadi.

Isterinya memberi maklumat berkenaan melalui akaun media sosial Fedtri hari ini. Menurutnya, pengacara itu mengalami kecederaan pada muka dan selamat menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah semuanya telah dijahit sempurna,” katanya.