Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil ditahan kerana disyaki menampar seorang anggota polis trafik di balai polis Kota Damansara, Petaling Jaya siang tadi. Anggota polis itu sendiri membuat laporan tengah hari tadi.

Pelakon itu disyaki di bawah pengaruh dadah melihatkan keadaannya semasa kejadian. Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan mengenainya. Ujian air kencing turut dijalankan.

Farid Kamil semasa di balai polis tadi.

Mengikut aduan, lebih kurang pukul 1.30 tengah  hari tadi, Farid bersama seorang awam yang membantunya kerana terlibat dalam kemalangan, datang membuat laporan polis.

Gambar fail

Apabila anggota polis itu bertanya tentang kemalangan itu, Farid menunjukkan telefon yang tertulis ayat berkaitan artis dan ah long. Apabila ditanya lagi pasal tulisan itu, Farid naik marah  dan menamparnya.

Dia juga dikatakan menyepak orang awam yang ada di situ. Farid kemudian ditangkap atas alasan merusuh, berkelakuan tidak senonoh dan menyerang serta mencederakan penjawat awam.