Bertuah pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mendapat sokongan padu rakan artis selepas terpalit isu menampar anggota polis.

Farid kini menjalani tahanan reman sehingga Isnin ini untuk disiasat kes tersebut serta kes penggunaan dadah.

Panjang lebar hujah Fizo Omar.

Selepas berita penahanannya di lokap polis dan berita perintah tahanan reman tersebar, rakan artis memberi sokongan kepadanya melalui laman sosial masing- masing.

Fazura harap keluarga bersabar
Peminat juga pertahankan Farid.

Mereka mempertahankan Farid dengan alasan pasti ada sesuatu yang berlaku di sebalik perlakuan kasar Farid itu.

Ada juga yang meminta netizen doakan yang baik baik sahaja dan tidak hanya menghentam.

Komen Zain Hamid

Ada yang menyalahkan netizen yang kelihatan macam terus meletakkan Farid sebagai pesalah.

Mereka juga rata-ratanya mengatakan Farid seorang yang baik dan minta kebaikannya juga diingati sebelum menghemburkan kata-kata tak baik terhadap Farid.

Fasha Sandha harap Diana Danielle kuat.

Mereka juga mendoakan agar Farid baik baik sahaja dan segera selesai masalah yang sedang dihadapinya.

Ada benarnya komen rakan artis itu, sebab seseorang yang ditahan reman sebenarnya tidak boleh didedahkan nama dan wajah di media.

Jurusolek Che Wan juga puji sifat Farid.

Mereka hanya menjalani siasatan dan tidak semua orang yang disiasat itu akan dibawa ke pengadilan. Tidak adil bagi mereka apabila dipernampakkan seolah olah sudah melakukan kesalahan.

Rozita Che Wan harap kebenaran akan terserlah.

Media arus perdana hari ini juga tidak

Kenalan yang turut menyokong Farid.

peka lagi pasal perkara itu. Apatah lagi zaman kini apabila segalanya dimuatkan di laman sosial.

Mengikut etika dalam kewartawanan, seseorang yang disyaki dan mendapat perintah tahanan reman di mahkamah oleh polis tidak boleh disiarkan nama dan wajah. Sebab itu kalau selak akhbar sebelum zaman langit terbuka ini kita lihat wajah mereka dikaburkan atau dihitamkan pada bahagian mata. Malah nama juga tidak disiarkan, hanya ditulis umur dan jantina sahaja.

Sokongan Zul Ariffin.

Inilah satu masalah bila saluran maklumat hanya di hujung jari. Semua orang boleh jadi wartawan. Dalam situasi hari ini media arus perdana juga sudah abaikan etika dalam laporan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (reman) itu.

Mereka juga mengikut rentak hari ini yang membelakangkan etika. Mungkin ada yang buat tanggapan, kalau kita tak siar pun orang lain siar dan perkara itu sudah pun tular.