Penyanyi Farawahida menjadi penyanyi keempat tersingkir daripada persaingan GegarĀ  Vaganza 5 minggu ini.

Farawahida

Farawahida yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta itu gagal ke minggu semi final minggu hadapan.

Saat diumumkan tiada lagi lagu buat Farawahida.

Farawahida yang sering disaran juri menggunakan ruang pentas untuk mengindahkan persembahan, masih dengan gaya kurang bergerak sehingga mendapat markah paling rendah.

Lapan lagi penyanyi yang masih bersaing ialah Amelina, Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Zamani, Noryn Aziz, Maya, Forteen dan Hetty Sarlene.

Gegar Vaganza disiarkan secara langsung di Astro Ria setiap hari Ahad pukul 9.00 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Juri tetapnya Datuk Ramli M. S. dan Datuk Khatijah Ibrahim manakala minggu ini Datuk Ahmad Tarmimi Siregar jadi juri undangan.