Isu penyanyi Fazal Tahir tak muncul di pentas menerima trofi anugerah Lagu Terbaik AIM22 Ahad lalu masih diperkatakan netizen. Jawapan Faizal juga nampak putar belit. Faizal sudah balik awal sebelum anugerah berakhir, kemudian patah balik untuk muncul sesi bertemu media pasal kemenangan itu.

Katanya dia tak jangka lagunya menang. Benarkah dia sudah dapat pelepasan untuk pulang awal? Apa-apa pun hormatilah majlis yang dibuat untuk karyawan seni itu. Kata anugerah berpestij, macam mana boleh tergerak pulang awal?