Juara Akademi Fantasia 4, Faizal kini mahu kembali ke dunia seni setelah beberapa lama menyepi dan mendiamkan diri.

Dia nekad kembali ke ibu negara. Selama menghilang, Faizal tinggal di kampung kelahiran di Marang, Terengganu. Dia kini ada semangat baru. Apatah lagi kini ada isteri baru dan bakal menimang cahaya mata.

IMG_20160324_10993“Saya mahu fikir positif sahaja. Saya akui dulu saya ada kesilapan. Bila ada masalah dan saya tak tahu nak menanganinya, saya ambil keputusan lari dan terus menyepi.

“Saya rasa sekarang ini saya semakin matang. Saya bersyukur kerana orang yang pernah sokong saya dulu, masih mahu bekerjasama dengan saya. Abang Along (Along Bakar) akan menguruskan aktiviti seni saya kembali.

“Kalau mahu kembali, kenalah ada buah tangan baru. Saya ada bincang dengan rakan komposer untuk menghasilkan lagu untuk saya. Sekiranya tiada aral single terbaru akan dikeluarkan tahun ini juga,” kata Faizal positif.IMG_20160324_25452