Pelakon Ezany Nizariff mendapat hak penjagaan kekal ke atas anak-anaknya daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini. Kesabarannya naik turun mahkamah sejak tahun 2014 mendapat hasil yang diharapkan.

Bekas isterinya, Nor Lizda sering gagal hadir ke mahkamah apabila kes tuntutan mereka dibacakan di mahkamah. Ezany memaklumkan keputusan mahkamah tersebut dalam entri Facebooknya pagi ini.