Penyanyi Ezad Lazim dimasukkan ke hospital lagi. Sebelum ini dia pernah beberapa kali di tahan dan disahkan dijangkiti  keradangan hidung atau sinus Jun lalu.

Isterinya Nor Azeana Ramli dalam laman sosial Instagram dan Facebook hari ini memuatnaik gambar Ezad di katil hospital dengan sedikit luahan hati dan mendedahkan keadaan sebenar Ezad.

Ezad di katil sebuah hospital.
Ezad di katil sebuah hospital.

“Sorry aku dah buntu… aku nak dia sihat. Bagi la semua sakit yang ada padanya kat aku. Insya-Allah aku yakin aku boleh tanggung sakit itu. Please EL (Ezad Lazim) semangat kena kuat… rezeki semakin melimpah ruah… sabaq naaaa… sorry  sorry…terpaksa post keadaan sebenar supaya EL cepat sihat…‪ #‎demicinta‬  Aku pun nak rehat,” tulis isterinya melalui FB dengan akaun Zeana Ramli.