Pelakon cantik Erra Fazira akhirnya bersuara memohon maaf kepada rakan artis Datin Seri Umie Aida serta mengaku ada buat silap.

Nama Erra dikait oleh netizen bila Umie meluah perasaan kesal terhadap sahabat yang cantik yang melukakan hatinya buat kali kedua.

Apatah lagi semasa status dimuat naik, mereka saling tidak mengikuti laman Instagram masing masing.

Melalui perkongsian dalam laman Instagramnya hari ini, Erra mengaku dialah orang yang Umie maksudkan.

Erra mengaku dirinya tidak sempurna dan akan memperbaiki diri menjadi lebih baik pada masa akan datang. Dia juga berharap selepas ini tiada lagi sengketa di antara mereka.

Baguslah kalau semua dah boleh berbaik. Sekarangkan masih dalam bulan Syawal. Molek sangatlah saling bermaafan.