Setelah beberapa lama menjalani rumah tangga dengan masalah, akhirnya pelakon Erma Fatima dan Bade Haji Azmi bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Mereka bernikah pada 30 November 1991.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Haji Azmi, 53, yang membuat permohonan cerai tersebut melafazkan talak terhadap Erma atau Fatimah Rahmad, 49, di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 11.35 pagi tadi.