Enam penyanyi wanita era 90-an bergabung menerbitkan sebuah album mini untuk comeback ke dunia seni.

Idea merakam single dan buat kompilasi album mini itu tercetus apabila mereka awalnya dipertemukan dalam satu group Facebook dan kerap berkumpul.

Enam artis tersebut ialah Azura Aziz, Adilla, Mac Ruhayu, Azie, Norlie Tamam dan Haslinda.

Mereka sudah lama tidak rakam lagu, malah ada yang hilang sekian lama dan muncul semula baru-baru ini.

Azura yang lama menghilang sebab ikut suami menetap di Mesir teruja memuatkan momen manis sesi fotografi sampul album tersebut.

Dia merakam lagu Setiap Mahumu ciptaan Rosli Ahmad dan lirik Andi Sulaiman.