Emran, Bella nikah selepas Raya Haji

Duda kepada Erra Fazira,  Engku Emran Engku Zainal Abidin dilaporkan bakal bernikahi dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella pertengahan bulan depan di Kuala Lumpur. Maknanya selepas Hari Raya Aidiladha lah.

Laporan Utusan Online hari ini menyebut, Emran, 42, dan Bella, 29, memilih untuk berkahwin secara sederhana di Kuala Lumpur bukannya di Jakarta. Mereka juga dikhabarkan tidak akan bertunang.

Laudya Cynthia Bella

Pasangan itu sebelum ini sering memberi bayangan yang mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat dalam laman sosial masing-masing tetapi menutup mulut setiap kali ditanya media.

Difahamkan selepas serius untuk menyunting Bella sebagai isteri, Engku Emran berlepas ke Jakarta untuk bertemu ibu dan ayah wanita berdarah Sunda yang popular dengan filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu.

Emran dan anak tunggalnya, Aleesya.

“Karakter  Bella yang memiliki keperibadian yang menawan dalam segenap aspek antara yang memikat hati Emran,” ujar sumber itu lagi.

Engku Emran juga difahamkan sudah memperkenalkan bakal isterinya itu kepada anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Erra, Engku Aleesya, 8.

“Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra,” ujar sumber itu lagi.

Related Posts

Bacaan puisi terbesar Doa Untukmu Rohingya sarat mesej

Bacaan puisi terbesar Doa Untukmu Rohingya sarat mesej

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This