Bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, dan Laudya Cynthia Bella, 29, selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Binjai 8, Kuala Lumpur petang tadi.
Pada majlis itu, Bella sah menjadi isteri kepada Engku Emran dalam upacara akad nikah yang sederhana.
Engku Emran turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.
Majlis pernikahan Engku Emran dan Bella berlansung secara sederhana dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.
Pasangan berkenaan turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam ini.
Kepada semua sahabat media, pasangan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana memberikan ruang kepada mereka untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup.
Engku Emran dan Bella juga mengharapkan pernikahan yang berlangsung tadi akan meredakan segala spekulasi yang dilaporkan di media-media sosial sebelum ini.
“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata Engku Emran dan Bella melalui kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi.