Pengakuan pelakon cantik Emma Maembong melucutkan tutup kepada kepada umum mencetuskan kecaman.

Dia dikatakan mempermainkan pasal larangan membuka aurat apabila membuat pengakuan terbuka.

Malah ada yang melabelkanya cuba mempromosikan kemungkaran dan dikatakan berbangga mempromosikan perkara tidak baik.

Posting pertama Emma berlucut tudung.

Ada yang tidak kisah dengan keputusannya namun mereka dukacita apabila ia dipromosikan dan menjadi bahan berita. Media juga dibidas mempromosikan perkara remeh.

Emma sebelum ini kantoi bergambar tanpa tutup kepada dengan seorang lelaki bukan muhrim dan sempat tular.

Posting terkini… Riangnya dia.

Beberapa hari selepas itulah dia sudah memuatnaik foto tanpa tutup kepala dalam laman sosial selepas lima tahun berhijab dan berniaga tudung.

Rata rata komen dalam posting itu mengutuk tindakannya dan berharap dia kembali istiqamah dengan amalan baik.

Terkini posting bapanya pelukis terkenal Ismail Embong pula dapat perhatian. Dia seolah olah mahu anak kesayangannya itu menjauhkan lelaki yang membawa pengaruh tidak sihat kepada seseorang wanita.

Tanpa menyebut nama, posting itu dilihat menggambarkan perasaannya terhadap keputusan Emma.

Namun ada juga yang komen, mengapa mengeluh pasal Emma sahaja sedangkan anak anak perempuan lain termasuk Chacha juga tidak berhijab pun.

Netizen juga memuatnaik status dalam laman sosial yang memerli tindakan Emma. Ada yang berasa mahu tanggalkan wig sebab rimas, ada yang tanya, bila mahu buka seluar.

Malah ada yang bertanya sama ada pembeli tudung jenama Emma Maembong juga kena buka tudung selepas ini.