Penyanyi Elyana diumumkan tersingkir daripada Gegar Vaganza 4 malam tadi kerana mendapat markah terendah menerusi lagu Sepi.

Semasa memberikan ucapan, Elyana mendedahkan yang dia sedang menghidapi penyakit kanser limforma tahap empat.

Posting IG Elyana

Pendedahan itu mengejutkan semua orang, termasuk juri tetap Hetty Koes Endang yang kelihatan terperanjat apabila kamera TV fokus kepada reaksinya semasa Elyana berucap.

Elyana kuat semangat.

Tiga hari lalu Elyana memuatnaik sekeping gambar Set Lengkap Pengurusan Jenazah yang membuatkan peminat tertanya-tanya. Agaknya pasal kanser lah yang bermain dalam kepalanya semasa memuatnaik gambar tersebut.

“Kepada semua pesakit kanser di luar sana… saya seorang penghidap kanser tahap empat. Kita boleh melakukan apa sahaja kalau kita kuat dan mahu melakukannya,” kata Elyana.

Dia membuka rahsia kerana mahu berkongsi berita itu dengan peminat yang menyokongnya selama ini.

Selepas disahkan  menghidap kanser selepas melahirkan amaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu Elyana menghilangkan diri untuk menjalani rawatan sehingga dia disalahanggap mahu bersara.

Sepanjang tempoh tujuh tahun itu, dia telah berusaha menjalani rawatan di dalam dan luar negara termasuk mencuba rawatan alternatif.

Ucapan Elyana di akhir Konsert GV minggu kelima.

Pada akhir konsert minggu kelima itu Aishah menduduki tangga teratas diikuti Hazami, Firman dan Liza Hanim. Turut mara, Lan, Syura, Aqasha dan Tia Jimbara.