Sejak tujuh tahun lalu, apabila disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua, penyanyi Elyana sentiasa takut apabila mahu tidur. Dia takut tidurnya itu menjadi tidur yang terakhir dan dia tidak akan bangun lagi keesokan harinya.

Sekarang penyakitnya dah masuk tahap empat, namun dia sentiasa tabah kerana mahu melihat anaknya Cinta Sumaiyah, 6, membesar. Hanya anak dan keluarga yang menjadi kekuatan dan dia sentiasa meminta kepada Allah untuk diberikan kesembuhan setelah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk melawan penyakit.