Isu penyanyi Elly Mazlein dikritik rakan artis semasa menyertai Gegar Vaganza menjadi viral apabila ada segelintir artis termasuk Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang dikatakan agak keterlaluan sehingga Ogy pula dihentam netizen.

Namun Elly tidak mahu bermusuhan dengan Ogy serta  orang lain yang mengkritik dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan.

“Saya hormati Fauziah sebagai seorang yang senior dan jatuh pangkat emak kepada saya. Apa yang dicakap itu saya ambil yang positif dan tidak mahu fikirkan yang buruk-buruk. Di sebalik semua ini rezeki saya melimpah. Ini rezeki anak,” katanya pada majlis perlantikannya sebagai duta jenama pakaian Neng Geulis hari ini.