Pelakon Datin Eina Azman kini sedang menunggu hari melahirkan anak sulungnya. Perutnya semakin sarat.

Posting ibu Eina di facebook.
Posting ibu Eina di facebook.

Dia dijadualkan bersalin Mac nanti, tapi melihat pada kedudukan bayi dalam kandungan, pelakon itu mungkin bersalin awal jangka.

Ibunya Amy Roshaida memuatnaik foto Eina bersama suami dalam laman facebooknya malam tadi.

Dia berkongsi kegembiraan menanti kelahiran cucu. Peminat pula ambil peluang berdoa agar Eina dipermudahkan.

Ada yang memuji Eina masih cantik walaupun sedang sarat. Mereka mengagak anak yang bakal lahir juga akan cantik, apatah lagi bergelar anak kacukan.