Pelakon kacak era 80-an, Edika Yusuf kini kembali menyimpan rambut setelah 12 tahun sentiasa membotakkan kepalanya.

Itu petanda dia mahu kembali aktif berlakon dan berharap mendapat tawaran watak yang sesuai dengan penampilannya kini.

Wajah terkini Edika Yusuf

“New look….dah 12 tahun skin head, sekarang nak berambut balik… tunggu watak action atau mafia.¬† Jump start berlakon balik… Insya-Allah. Terima kasih¬† Allah,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Tidak lama dahulu Edika memberitahu dia sengaja membotakkan kepala kerana bernazar untuk berimej botak sehingga isterinya sihat.

Mungkin sekarang kesihatan isterinya bertambah baik dan dia menamatkan nazarnya itu. Semoga dipermudahkan urusan. Kepada peminat Edika, tunggu kemunculan semula Edika dalam dunia seni.