Kumpulan progresif rock metal terkenal Amerika Syarikat (AS), Dream Theater bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 2 Oktober ini.

Konsert yang akan berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul
8.30 malam itu adalah sebahagian daripada Image, Words & Beyond 25th Anniversary Tour.

Tour itu bermula di Rom, Itali pada 30 Januari lalu. Ia juga sempena ulang tahun ke-25 album Images & Words yang diterbitkan pada 1992.

Image & Words yang juga album kedua Dream Theater ini adalah album mereka yang paling laris dan
mendapat pengiktirafan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA).
Konsert anjuran IME Asia ini pasti meriah dengan lagu hit mereka seperti Pull Me Under, Another Day, Metropolis Part 1 dan Under A Glass.

Pasti ramai ternanti-nantikan persembahan istimewa daripada Dream Theater yang dibarisi James
La Brie (penyanyi), John Petrucci (gitar), John Myung (bass), Jordan Rudess (keyboard) dan Mike
Mangini (dram) yang cukup terkenal dengan ketelitian mereka dalam penghasilan muzik.

Malah, setiap anggota Dream Theater sudah diiktiraf sebagai antara pemuzik terbaik dunia.
Hingga hari ini, album-album Dream Theater sudah terjual melebihi 10 juta unit di seluruh dunia selain menerima lima pengiktirafan emas dan platinum daripada RIAA.

Harga tiket untuk menyaksikan konsert ini ialah RM488 (VIP), RM398 (Cat 1), RM308 (Cat 2), RM238 (Cat 3) dan RM188 (Cat 4).

Jualan tiket rasmi menerusi TicketCharge secara atas talian masih dibuka di
www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline +603-92228811.

Anda juga boleh mendapatkan tiket di pejabat TicketCharge atau dari outlet tertentu Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts dan juga kaunter maklumat di
pusat beli belah The Mines atau 1 Shamelin.

Bagi mereka di luar Lembah Klang boleh kunjungi Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette (Pulau Pinang).
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari @IMEAsia di Facebook, @IME_Asia di Instagram, @IMEProduction di Twitter, atau @IMEProductions di WeChat.
IME Malaysia ditubuhkan pada 2012 dan sudah menghasilkan banyak konsert skala besar.
Pada 2010, IME menjayakan konsert artis barat mereka yang pertama iaitu Mariah Carey dan diikuti Michael Buble.