Drama terkini lakonan Remy Ishak sedang dapat sambutan. Episod 6 semalam paling viral.

Bukan kerana isi jalan ceritanya, tapi dek kisah lari konti. Adegan yang diestablished sebagai berada di tingkat tujuh tiba tiba belakangnya ada lori melintas.

Ada yang menjadikannya sebagai seloka dengan mengandaikan lift bermula dari tingkat bawah tanah.

Adegan yang jadi bahan troll itu ialah semasa Remy mendukung baby ke pejabatnya yang terletak di tingkat tujuh.

Ada adegan dia keluar daripada lift dan menuju ke bilik. Semasa berdiri di tepi tingkap kelihatan pokok di luar.

Remy dan Mira Filzah gandingan dalam Pujaan Hati Kanda.

Tiba-tiba lalu pula sebuah lori. Pecah lubang, adegan itu bukan di tingkat tujuh. Tak salah kalau ia digunakan untuk menggambarkan tingkat atas tapi kena perhatikanlah kontinya. Mungkin langsirnya ditutup untuk elak pemandangan luar.

Tontonlah sedutan adegan yang jadi bahan troll di bawah ni ya…