Pelakon Den Wahab bersama-sama Aziz M. Osman membuat laporan polis di Pondok Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya  petang tadi berkaitan isu penipuan oleh seorang wanita yang kononnya mengurus pelancongan sehingga membuatkan mereka terkandas  di Korea Selatan.

Mereka disertai 15 pengadu lain tampil membuat laporan polis kerana tidak mahu lebih ramai bakal pelancong lain yang turut menjadi mangsa wanita yang dikenali sebagai Farra itu.

Den, Aziz dan Lokman Ghani terkandas semasa bercuti bersama keluarga ke Korea Selatan pada 24 hingga 28 Disember lalu.

Inilah Farra

Mereka tampil membuat laporan kerana wanita tersebut sering menimbulkan masalah dengan melibatkan ramai golongan seni.

Wajah Farra tanpa tudung

“Kami membuat pendedahan ini agar dapat membuka mata kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati jika dipertemukan dengan individu scam yang menjual pakej pelancongan atau sebagainya,” kata Den.

Farra atau nama lengkapnya Nor Farah Farhan Abdul Fattah itu berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam.