Pelakon Hanis Kamal Bakar membuat laporan polis terhadap seorang individu yang membuat tawaran aktiviti nakal nakal melalui apkikasi WhatApps semalam.

Sebelum itu dia memuatnaik status dan paparan skrin perbualan dan tawaran itu beserta tawaran berlakon kononnya daripada sebuah produksi.

“Aduan telah dibuat, biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Selepas ini, kami akan berbincang dengan peguam kami untuk tindakan selanjutnya.

Sebahagian mesej.

“Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana perkara ini telah mencemarkan nama saya dan lebih  buruk ianya juga mencemarkan industri seni Malaysia.

Di balai polis

“Orang-orang sebeginilah perosak industri dan penghalang industri seni Malaysia dari terus berkembang maju,” tulisnya dalam laman facebooknya semalam.