Kekurangan jiwa lagu era terkini sering diperkatakan. Apatah lagi bila lagu nyanyian penyanyi separuh masak jadi popular kerana ia tular di media sosial.

Lagu-lagu lama yang dicipta dan dinyanyi sepenuh jiwa masih kekal malar sehingga sekarang.

Kalau dicampur kedua duanya Dimensi Legenda mengatasi Fatonah Azali.

Buktinya rancangan Dimensi Legenda yang disiarkan secara langsung di TV2 malam tadi mendapat sambutan dan menuduki tangga teratas trending malam tadi melalui tanda pagar #dimensilegenda dan #dimensilagenda.

Ramlah Ram
Ogy dan Rosmaria

Ada yang salah mengeja dengan ejaan lagenda bukannya legenda. Ternyata program itu mendapat sambutan hangat.

Uji Rashid

Dimensi Legenda menampilkan 12 bintang yang punyi lagu malar segar iaitu A.Rahman Onn, Uji Rashid, Fairuz Hussein, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Nash, Datuk Andre Goh, Ramlah Ram, Nico, Nora, Rosmaria, Fran, Rahmad Mega dan Fauziah Ahmad Daud selaku pengacara.

Lagu- lagu lama antaranya Semakin Hari Semakin Sayang, Ku Sangka Siang Kiranya Malam, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Sekadar Di Pinggiran, Di Persimpangan Dilema, Bayangan Gurauan, Pada Syurga Di Wajahmu, Kali Pertama dan lain lain masih segar.

Ternyata prgram yang himpun artis lama masih mendapat tempat di hati peminat. Itulah kuasa lagu itu sendiri, bukannya kuasa tular seperti lagu terkini yang hanya diminati pada masa kini sahaja. Lagu segera macam itu belum tentu kemampuannya untuk bertahan lama.

Pasti ramai yang berharap Dimensi Legenda akan diteruskan, bukannya sekadar one off program.

Ketahuilah bahawa masih ramai yang mahu menonton program dibarisi bintang lama dengan lagu malar segar mereka secara langsung.