Pelakon Datin Diana Danielle yang mendapat perhatian selepas suaminya Datuk Farid Kamil dituduh mendatangkan kecederaan terhadap anggota polis, kini tampil dengan imej baharu, berambut pendek.

Diana yang terlibat sebagai salah seorang pelumba selebriti dalam Toyota Gazoo Racing Malaysia kini berada di Johor. Acara itu dijalankan pada 19 dan 20 Januari ini di Iskandar Puteri, Johor.

Diana bersama-sama pelumba selebriti lain seperti Janna Nick, Shukri Yahaya, Fattah Amin, Danny Khoo, Shawn LeeĀ  dan ramai lagi menyertai perlumbaan itu.

Apa sebab agaknya Diana tampil dengan gaya rambut terbaharu yang dipotong pendek? Mungkin membawa semangat baharu selepas melalui detik pahit dalam kehidupan.

Atau sekadar mahu sesuaikan dengan imej seorang pelumba.

Semasa hadir di mahkamah ketika Farid didakwa dua hari lalu, dia masih berambut panjang.