Ada yang membuat telahan jahat mengatakan isu kelucahan melibatkan pelakon kacak Shukri Yahaya dengan seorang peminat wanita sebagai benar bila pelakon itu lebih senang berdiam.

Shukri ada alasan mengapa dia tak mahu melatah malah ambil ringan sahaja. Dia tidak mahu menagkan wanita itu.

Keluarga kenal siapa Shukri Yahaya.

“Kita tidak tahu apa tujuan dia membuat cerota macam tu. Kalau tujuannya mahu terkenal sebab saya melatah, maka dia akan menanglah. Saya tak mahu menangkan dia.

“Saya tak kenal dia pun dan tak tahu macam mana boleh edit perbualan video. Saya tahu ada cara untuk mengeditnya.

Fokus lakonan

“Saya diam kerana tak suka kepada publisiti negatif. Saya lebih suka orang bercakap pasal saya berlaitan kerjaya. Ya saya tahu kontroversi boleh menghangatkan nama-seseorang artis, tapi saya tak perlukan cara itu, saya tak suka publisiti yang buruk” kata Shukri.

Sebelum isu dia menggoda wanita dalam aplikasi media sosial itu tular,  dia sudah mengetahuinya melalui seorang rakan.

“Semasa mendengarnya tu, saya ketawa dan buat tak tahu sahaja dan anggap ia perkara kecil, namun selepas difikirkan semula baharuah saya sedar yang ia boleh menimbulkan banyak masalah jika tidak ditangani dengan baik,” kata Shukri.

Sebab itulah dalam diam-diam pun dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan dan mempertahankan diri.

Dua hari selepas perkara itu tular, Shukri yang sudah ada peguam sudah membuat laporan polis yang lebih menjurus kepada langkah perlindungan dan berjaga-jaga sekiranya perkara itu dibangkitkan lagi.

Shukri ditemui semasa menjalani penggambaran drama bersiri Vila Ghazara di Kajang baru- baru ini.

Manggalas watak utama, drama arahan Feroz Kaader itu menemukan Shukri  dengan pasangan baharu, Azira Shafinaz. Drama itu memenuhi slot Samarinda TV3 dan akan ditayangkan tidak lama lagi.

Shukri bersama sebahagian pelakon dan tenaga produksi drama Vila Ghazara.