Penghibur yang di gelar Superstar 70-an, Datuk Dhalan Zainuddin, 78, meninggal dunia di Hospital Selayang malam tadi.

Dhalan disahkan meninggal dunia pukul 9.48 malam tadi selepas koma akibat diserang angin ahmar kali kedua.

Isterinya Datin Effa Rizan mengesahkan kematian Dhalan.

Dahlan merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.

Beliau memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik, Bintang RTM pada tahun 1975.

Pernah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Selain menyanyi beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain dan pernah menjadi pengacara dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an

Semasa di hospital.