Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali lagi. 6 Februari lalu berlangsungnya siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) di Village Mall, Sungai Petani, Kedah.
df-2Masuk tahun ketiga penganjuran, DFKL 2016 mengambil pendekatan untuk keluar daripada Lembah Klang bagi memberi pendedahan yang lebih buat masyarakat bagi mengenali DFKL dan intipati pengisiannya.

Terdahulu, DFKL 2016 telah singgah di tiga  buah lokasi iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Lendu, Melaka dan Plaza Angsana, Johor Bahru.

Azrel Ismail selfie berlatarbelakangkan pengunjung.
Azrel Ismail selfie berlatarbelakangkan pengunjung.

Bagi anda yang ketinggalan untuk hadir ke siri jelajah ini, jangan lupa untuk hadir ke lokasi terakhir di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Februari nanti.
Siri Jelajah DFKL 2016 ini membolehkan orang ramai untuk menyertai sesi ujibakat lakonan.

Sesi ujibakat di Village Mall minggu lalu telah diadili oleh Sheila Rusly, Datin Seri Umie Aida dan juga Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9 iaitu Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri.

Syarul Ridzwan pun ada.
Syarul Ridzwan pun ada.

 

Janna Nick bersama peserta.
Janna Nick bersama peserta.

Para juri berkongsi tip bagaimana untuk menjadi pelakon yang baik dan turut menganjurkan para peserta untuk mengikuti bengkel DFKL 2016 untuk mencari ilmu dan memantapkan lagi lakonan mereka.
Antara artis yang turut serta ialah Janna Nick, Syarul Ridzwan, Rozita Che Wan, Redza Rosli, Raja Afiq, Lan Siro, Azrel Ismail, Eirma Fatima dan Balkisyh Semundur Khan.
Seramai 40 orang peserta telah dikenalpasti untuk hadir ke ujibakat kedua DFKL 2016 pada 20 & 21 Februari bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.