Penyanyi terkenal Deja Moss kini bergelar isteri kepada lelaki asing bernama Maher Khani tahun lalu.

Namun tarikh bilakah dia kembali bernikah dirahsiakan. Dia sendiri membuat pengumuman di laman sosial hari ini.

“Asalamulaikumwarahmatullahiwabarakatu, alhamdulilah hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat-sahabat, rakan-rakan IG dan FB serta peminat-peninat saya, yang saya telah selamat bergelar isteri, tahun lepas dgn lelaki pilihan hati saya Maher Khani.

“Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa dari anda semua, mengenai butiran pernikahan kami biarlah ia menjadi milik saya dah keluarga, cukuplah saya maklumkan saya sudah selamat menjadi isteri.

“Doakan pernikahan kami berkekalan hingga ke jannah, terima kasih semua,salam kasih sayang much love❤️❤️❤️
Stay home and be safe !!!!!,” tulis Deja atau Sharifah Hadija Wan Moss.

Dia pernah berkahwin dengan Azfendy Azzuddin pada 30 Ogos 2008 dan bercerai talak satu pada 24 Oktober 2018. Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan anak.